DAFTAR BERITA

Minggu, 16 Maret 2014

Anggota Keluarga Penumpang MH370 Dari Medan Kagum Dengan Komitmen Malaysia

Robinhood Simajuntak saudara Surti Dahlia penumpang di papan MH370 meninggalkan Everly Hotel, Putrajaya Medan.

INFO TABAGSEL.com-Anggota keluarga penumpang Penerbangan MH370 warga Indonesia pada Ahad mengaku puas hati dengan kesungguhan kerajaan Malaysia dalam usaha mencari pesawat itu yang kini memasuki fase baru.

Abang dari Surti Dahlia, penumpang MH370, Robinhood Simanjuntak berkata beliau masih menaruh harapan tinggi agar kesemua penumpang pesawat berada dalam keadaan selamat dan kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.


"Setiap malam, selepas solat saya berdoa agar dapat berjumpa dengan adik Surti.


"Saya masih berharapan tinggi. Kita tak boleh buat sebarang keputusan selagi belum mengetahui cerita sebenarnya. Kalau ia di luar batasan, kita terpaksa terima," katanya kepada pemberita sebelum mendaftar keluar dari Hotel Everly di sini.


Robinhood dan isterinya Delfi Siagian berada di sini sejak Ahad lalu untuk mendapatkan  perkembangan terkini berhubung nasib yang menimpa adik perempuannya, bersama penumpang dan anak kapal MH370 yang hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, Sabtu lalu.


Robinhood berkata beliau dan isterinya akan pulang ke kampung halaman mereka di Medan untuk membantu siasatan polis berhubung kehilangan pesawat itu sejak Sabtu lalu.


Katanya polis Medan menghubungi beliau semalam.

"Jadi saya kena berada di Medan untuk membantu siasatan polis. Lagipun di sini kami masih menunggu berita mutakhir nasib penumpang (MH370). Harap kami dapat berita baik dari rumah (Medan)," katanya.BERNAMA

Tidak ada komentar: